Friday, December 24, 2010

Muat Turun Manual Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010



Salam  1 Malaysia.
Dapatkan Manual Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010 dengan klik alamat URL dibawah.
Semoga dengan adanya instrumen yang bakal digunakan ini untuk menilai peningkatan pencapaian pemimpin sekolah dan guru dapat memberi impak ke atas kemenjadian murid. (Petikan Ucapan dari Timbalan Perdana Menteri, Merangkap  Menteri Pelajaran Malaysia).
                                   -Bahan SKPM 2010 - SiLa Download
                                   -Instrumen Penaksiran SKPm-SiLa Download

Sejarah Perkembangan Sistem Pendidikan Di Malaysia


by kulanz on 06/08/2009 · http://kulanzsalleh.com/

Sistem Pendidikan Negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan pembangunan dan kemampuan negara. Evolusi pendidikan ini telah melalui lima fasa berikut:
  • Zaman Pramerdeka (sebelum 1957);
  • Zaman Pasca Merdeka (1957-1970);
  • Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990);
  • Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000); dan
  • Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang).
Zaman pramerdeka (sebelum 1957)
Semasa pentadbiran British, sekolah-sekolah di Tanah Melayu dipecahkan kepada empat aliran , iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan sekolah Tamil. Setiap sekolah mempunyai bahasa penghantarnya sendiri dan kurikulum yang berbeza di antara satu sama lain. Namun menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem persekolahan. B eberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem persekolahan pada masa itu dan menghasilkan laporan-laporan berikut:
  1. Laporan Barnes (1951) – menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum Melayu;
  2. Laporan Fenn-Wu (1951) – menyemak pendidikan kaum Cina;
  3. Ordinan Pelajaran (1952) – mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan; dan
  4. Laporan Razak (1956) – meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.
Zaman Pasca Merdeka (1957-1970)
sistem pendidikan 

Sebaik mencapai kemerdekaan, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem pelajaran kebangsaan. Sehubungan itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan perakuan Laporan Razak (1956) yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan. Perakuan Laporan Razak dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib pada tahun 1960. Laporan jawatankuasa ini menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar.
Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. Penghapusan peperiksaan pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar penyertaan ke sekolah menengah. Kadar ini terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara berperingkat mulai tahun 1992.

Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu falsafah pembangunan yang menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi (Universiti Terbuka Malaysia, 2008). Dalam tempoh ini, pendidikan diberikan keutamaan untuk menangani masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat dengan menyediakan peluang pendidikan yang sama untuk semua kaum.

Pada masa ini juga Sistem Pendidikan Kebangsaan mengalami banyak perubahan, antaranya Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982, manakala di Sarawak pada tahun 1990. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua juga turut diberi tumpuan. Walau bagaimanapun, selaras dengan Akta Pelajaran 1961, sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar terus dikekalkan. Mata pelajaran Sivik diperkenalkan bagi menyemai semangat jati diri di kalangan pelajar. Pendidikan Sains dan Teknikal diberi lebih penekanan pada peringkat menengah bagi menghasilkan tenaga kerja mahir.
Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. Pada tahun 1980-an, peluang pendidikan untuk warganegara turut ditingkatkan dengan menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Seterusnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara. Falsafah ini menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000)
Dekad terakhir abad ke-20 menyaksikan perubahan yang pesat dalam pendidikan negara. Asas perundangan bagi pelaksanaan dasar pendidikan diperkukuhkan melalui penggubalan dan pindaan beberapa akta yang berkaitan dengan pendidikan, misalnya Akta Pendidikan 1996; Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996; Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 dan lain-lain.
Selain itu, banyak lagi perubahan berlaku dalam bidang pendidikan termasuk:
  1. Peningkatan akses dalam pendidikan khususnya peringkat tertiari;
  2. Perkembangan ICT dalam pendidikan termasuk penubuhan Sekolah Bestari pada tahun 1999;
  3. Menaiktarafkan kelayakan guru-guru daripada sijil kepada diploma;
  4. Menaiktarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI); dan
  5. Menaiktarafkan Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik.
Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang)

Pada zaman ini Sistem Pendidikan Kebangsaan diperkemas sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat. Dengan mengambil kira pelbagai perubahan dan cabaran alaf ke-21, penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan diperlihatkan dalam perundangan, dasar dan program utama, antaranya: Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002); Program Bimbingan dan (Keputusan Jemaah Menteri, 2002); Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan pada tahun 2003 (Keputusan Jemaah Menteri, 2002). Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) diperkenalkan pada tahun 2003; Program j-QAF diperkenalkan pada tahun 2005 dan diperluaskan pada tahun 2006 bagi memastikan murid Islam menguasai Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain apabila tamat sekolah rendah (Keputusan Jemaah Menteri, 2003); dan banyak lagi program-program pendidikan diperluas.
Perubahan paling signifikan dalam sejarah perkembangan pendidikan negara ialah penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) pada tahun 2004. Dengan pembahagian ini KPM dipertanggungjawabkan kepada pembangunan pendidikan prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan pendidikan guru.
Rujukan:
Abdullah Sani Yahaya (2003). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Bentong, Pahang: PTS Pub & Distributor Sdn. Bhd.
Fadzilah bt Abdullah (1996). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kuala Lumpur: As Noordeen.
Laporan Jawatankuasa Kabinet (1984). Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sufean Hussin (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia. Teori dan Analisis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Sheela Abraham (1993). Sejarah Perkembangan Negara. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Tajul Ariffin Bin Nordin (1993). Perspektif Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Tengku Anuar (1990). Pengetahuan Kenegaraan Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise

Semakan Permohonan MRSM 1 Februari

Keputusan Tawaran Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu & Tingkatan Empat 2010
  • Tingkatan 1 : 5,900 tempat ; Jumlah permohonan : 23,400
  • Tingkatan 4 : 3,400 tempat ; Jumlah Permohonan : 15,000
  • Tarikh Pendaftaran : 17 Februari, 2010 (Rabu)

Senarai kira-kira 5,900 pelajar Tingkatan Satu yang memperoleh keputusan cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan berjaya mendapat tempat melanjutkan pelajaran ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) akan diketahui 1 Februari ini.

Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Muhammad, berkata keputusan untuk memasuki 39 MRSM seluruh negara itu boleh diperoleh secara online menerusi laman web Mara pada tarikh berkenaan.

"Keseluruhannya seramai 23,400 permohonan diterima, tetapi hanya yang layak dan memenuhi syarat akan tersenarai seperti memperoleh keputusan 5A, selain pelajar luar bandar, keluarga berpendapatan rendah serta aktif dalam kokurikulum.

"Semua pelajar yang berjaya perlu mendaftar ke MRSM pada 17 Februari ini," katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Selain Mara, Kementerian Pelajaran juga menawarkan 6,600 tempat ke sekolah berasrama penuh (SBP) kepada pelajar yang mencapai keputusan cemerlang UPSR.

Ibrahim berkata, pihaknya sudah pada peringkat akhir menyaring calon yang mengemukakan permohonan untuk ditawarkan tempat ke MRSM awal bulan depan.

Bagi lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang memohon memasuki Tingkatan Empat ke MRSM pula, beliau berkata, sebanyak 3,400 tempat disediakan di maktab berkenaan di seluruh negara.

"Sebanyak 15,000 permohonan diterima dengan pertimbangan utama akan diberikan kepada pemohon yang memperoleh keputusan minimum 6A termasuk A untuk Sains dan Matematik," katanya.

(Sumber: BMinggu - 17/1/2010 - Nasional)

PERMOHONAN KEMASUKAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA TINGKATAN SATU atau EMPAT TAHUN 2011 SEMENANJUNG MALAYSIA

MAJLIS AMANAH RAKYAT
(Agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)
PERMOHONAN KEMASUKAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA
TINGKATAN SATU atau EMPAT TAHUN 2011
SEMENANJUNG MALAYSIA

MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) mempelawa pelajar TAHUN ENAM 2010 untuk kemasukan
ke Maktab Rendah Sains MARA tingkatan satu pada tahun 2011 di Semenanjung Malaysia.

Pada tahun 2011, program MRSM (Agama) Ulul Albab yang akan dilaksanakan di MRSM Kota
Putra, MRSM Gemencheh dan MRSM Kepala Batas. Sistem pendidikan MRSM (Agama) ini
merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti
Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain subjek teras seperti yang sedia ada di MRSM.
Mulai tahun 2011, MARA juga akan melaksanakan program Cambridge International General
Certificate of Secondary Education (IGCSE) di MRSM Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang.
Pelaksanaan program Cambridge IGCSE di MRSM bersesuaian dengan hasrat MARA
melahirkan pelajar yang global, cemerlang dan kompetitif.

Program Cambridge IGCSE diperkenalkan untuk menambah nilai (value-add) sistem pendidikan
MRSM sedia ada yang menawarkan pensijilan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sijil Cambridge
IGCSE merupakan kelayakan peperiksaan yang berprofil tinggi dan bereputasi cemerlang serta
diiktiraf di kebanyakan universiti di peringkat antarabangsa. Untuk maklumat lanjut tentang
program Cambridge IGCSE, sila layari laman web MARA.

A. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN :
· SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE MRSM :
. 1. Warganegara Malaysia.
2. Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung
Malaysia :
(i) Bumiputera tahun enam.
(ii) Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah
Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan.
3. Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR) tahun 2010.


· SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE MRSM (AGAMA) ULUL ALBAB:
1. Warganegara Malaysia.
2. Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung
Malaysia :
(i) Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan
atau Sekolah Rendah Agama Negeri atau Sekolah Rendah Agama
Rakyat.
3. Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR) tahun 2010.
4. Berkebolehan membaca Al-Quran dengan baik dan mempunyai minat dalam
bidang agama.
5. Pemohon mestilah memilih MRSM Kota Putra atau MRSM Gemencheh atau
MRSM Kepala Batas sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang
permohonan secara online.
6. Pemohon ke MRSM (Agama) akan ditemu duga.

· SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK PROGRAM CAMBRIDGE IGCSE
MRSM:
1. Warganegara Malaysia.
2. Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR) tahun 2010.
3. Pemohon berkebolehan menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.
4. Pemohon mestilah memilih MRSM Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang sebagai
pilihan semasa mengisi borang permohonan secara online.
5. Pemohon akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga yang akan diadakan di
MRSM Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang.

6. Surat panggilan temu duga akan dihantar kepada pemohon.
7. Yuran peperiksaan dan kos pembelian buku IGCSE akan ditanggung oleh ibu
bapa yang berkemampuan mengikut perkiraan kriteria yang ditetapkan.

B. CARA MEMOHON SECARA ONLINE :
1. Pemohon boleh mendapatkan kata laluan dengan percuma di semua Pejabat
MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA
(MRSM) yang berdekatan pada waktu pejabat bermula pada hari keputusan
UPSR 2010 diumumkan secara rasmi.
2. Pemohon hendaklah membawa salinan Surat Beranak dan salinan Keputusan
UPSR 2010 yang telah disahkan semasa mendapatkan kata laluan.
3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang
permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online.
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA di alamat :
http://www.mara.gov.my
4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang serta dokumen yang berkaitan ke
alamat di bawah:

(Permohonan Ke Tingkatan 1)
Pengarah,
Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah),
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR.


C. TARIKH TUTUP PERMOHONAN
1. Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada 30 November 2010.
2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah
selewat-lewatnya pada 3 Disember 2010.

D. NOTA PENTING

1. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
2. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup akan
ditolak.
3. Selain syarat kelayakan, keutamaan akan diberikan kepada calon seperti yang
berikut :
(i) Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, sukan dan permainan, kelab dan
persatuan serta pasukan pakaian seragam.
(ii) Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman,
luar bandar atau kawasan bandar yang meliputi kawasan setinggan atau
kawasan daif.
4. Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah
Berasrama Penuh Integrasi ( SBPI) Kementerian Pelajaran tidak layak
memohon ke MRSM.

5. Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak
menerima sebarang jawapan sehingga 30 April, 2011 permohonan anda dianggap
tidak berjaya.

6. Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut
kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.

7. Keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pengambilan Pelajar MRSM adalah
muktamad.
CAWANGAN HAL EHWAL PELAJAR
BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN (MENENGAH)
MARA.

Pautan : 

PERMOHONAN KEMASUKAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA - Mara.gov.my [PDF]



File Format: PDF/Adobe Acrobat -
(Agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah). PERMOHONAN KEMASUKAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA. TINGKATAN SATU TAHUN 2011 ...

Portal Rasmi Majlis Amanah Rakyat - Laman Utama

Tawaran Permohonan Kemasukan Ke IPMa Dilanjutkan. Maklumat Lanjut >>

PERMOHONAN KEMASUKAN KE MRSM TINGKATAN EMPAT TAHUN 2011


Permohonan adalah terbuka kepada pelajar tingkatan tiga warganegara Malaysia yang layak untuk kemasukan ke MRSM tingkatan empat tahun 2011.

SYARAT- SYARAT MEMOHON SECARA ONLINE
1. Pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera tingkatan tiga (yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.
2. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
3. Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang- kurangnya lulus dalam subjek Matematik dan Sains.

CARA MEMOHON NOMBOR PIN
1. Pemohon boleh mendapatkan kata laluan (secara percuma) di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah dan Maktab Rendah Sains MARA mulai 27 September 2010. Pemohon boleh mengisi borang permohonan secara online mulai tarikh tersebut.
2. Sila bawa kad pengenalan, keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2010 yang disahkan benar serta angka giliran PMR 2010, semasa mendapatkan kata laluan.
 
3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan secara online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online.
4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang serta dokumen yang berkaitan ke alamat seperti di bawah:

(Permohonan ke Tingkatan 4)
Pengarah,
Bahagian Pendidikan dan Latihan Menengah,
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur.

 Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2011. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2011 permohonan anda dianggap tidak berjaya.

TAWARAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPMa DILANJUTKAN


TAWARAN PERMOHONAN UNTUK KEMASUKAN KE IPMa SESI JANUARI 2011 DILANJUTKAN SEHINGGA MINGGU PERTAMA JANUARI 2011


BAGI MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI SILA HUBUNGI NOMBOR- NOMBOR BERIKUT:
  
GMI: 03-8921 9047/ 9288
UniKL: 03-2175 4031/ 4033/ 4027
KPTM: 03-9281 0762/ 9285/ 6033
KPM: 03-2691 5111, SAMB: 1736, 1744
KKTM: 03-2691 5111, SAMB: 3469, 3480, 3962

Atau klik  di sini

    UniKL
     KPTM
     GIATMARA
     FITEC
     DDEC
     ASMB
     Muat turun Borang
     Tiket MARA Liner
     e-Kemahiran
     GMI 
TAWARAN HANYA TERBUKA KEPADA KURSUS- KURSUS YANG MASIH ADA KEKOSONGAN SAHAJA